Bagai dipanah sembilu,
ngilu hati dirasa,
jiwa dicarik,
hilang diri kerana kamu,
nanar kerana kamu,
semangat lesap,
termagu sendirian..
Ada cahaya yang datang,
ingin kusambut,
tapi tak mudah digapai,
senyuman itu yang menyelamatkan aku,
memimpin ku keluar,
jauh-jauh dari luka,
jangan ada cinta mudah terbit dihati,
tapi pucuk cinta sudah bercambah,
mana mungkin berlaku jika sudah dilukai,
sehingga kini takut untuk berduka lagi,
tak mungkin dapat dibohongi hati,
ku sudah jatuh cinta lagi,
pendam jauh,
agar x berduka lagi..
ok..yang tu 1..ni yang 1 ag..
nafasku kencang,
berlari-lari,
akalku 1,
ingin hati menjerit,
bila semuanya kan berakhir,
menghitung hari,
yang makin menghampiri,
takut!
itu kata hati,
perlu berani menghadapi,
untuk kejayaan suatu masa nanti,
abah dan emak sentiasa menanti,
bersama kejayaan yang akan digenggami,
dan aku akan pastikan,
kejayaan kugenggam mati,
kerana itu janji,
yang perlu dipenuhi!
izirah
6/5/2011,
9.13am

No comments:
Post a Comment