Wednesday, May 18, 2011

Oh Rindu!

Salam n hi semua~Mz keboringan!!!~masa belajar nak rehat,masa praktikal malas nk bekerja..bila dh diberi peluang??urmm..boring x terkata..haish..sile belajar bersyukur wahai diri sendiri..uhuhu..
pssst..hati Mz mula menyanyi2..tapi key masih tercari2..masih sumbang mencari melodi..hoho..

Kata hati terkunci,
biar usia dimamah hari,
masih segar tersimpan rapi,
kasih biar pendam sampai mati,
biar mencintai walaupun dilukai,
asal dirinya tersenyum bagai mentari,
asal bahagia miliknya hakiki..

Andai dipujuk hati,
tak mungkin dapat melupai,
andai cuba dirawati,
tak mungkin mudah sembuh sendiri,
andai diberi pilihan kini,
kan ku cuba pergi,
izinkan waktu ingin bersendiri,
biar cinta dipandang sepi..

Jika ku tiada ketabahan hati,
pasti kini ku tiada disini,
mengungkap kata indah penyejuk hati,
menjadi pendampingmu tanpa disedari,
itu sudah cukup untuk dirimu mengetahui,
betapa dirimu dicintai..

Suatu hari nanti kau kan memahami,
kau kan menjiwai,
apa yang diriku alami,
andai kau menangisi,
jangan berduka kerana ku berada disisi,
biar ku rawati,
walaupun diriku dilukai...

izirah
19/05/2011
7.15am

p/s:
awat mood jiwang sgt pembuka hari~~toink toink~apa yang dicoret disini adalah dari hati..jadi silalah nilai sendiri apa yang sedang berlaku pada empunya diri~~wink~(~_^)v

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...