Tuesday, March 6, 2012

Roti~

Salam n hi semua~~

Atas permintaan kawan Mz, Mz nk share resepi roti~~ resepi ni asalnyer di ambil dri Mat Gebu.. Blog beliau mmg terkenal dengan masakan yg sedap2 n insyaAllah mmg menjadi~ setakat ni bila Mz mencuba resepi beliau, alhamdulillah.. mmg menjadi~(^__^)v cume resepi roti ni Mz x letak warna..hoho~ terima kasih Mat Gebu~



BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram tepung roti
1 camca teh instant yeast @ ibu rot
1 camca besar gula halus @ kastor
1 camca teh garam (mat letak 3/4 camca teh)
30 ml susu segar (atau 2 camca besar)
180 ml air suam
10 gram mentega
Sedikit minyak untuk disapu.

Satukan yeast, susu segar ke dalam air suam, kacau dan biar berbuih. Kemudian satukan semua bahan dalam bekas kecuali mentega dan minyak, gaul rata dan tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal. Bulat2 kan doh letak dalam bekas dan bungkus dengan plastik, biar naik 1 jam. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan di atas dalam bread maker kecuali minyak. Pilih setting untuk doh dan tekan ON, tunggu hingga siap..


p/s: bila stress2 ni wat roti mmg best..hooo~ilang stress~(^__^)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...