Aku dan dia
sudah hampir lama bersama,
tapi mengapa,
payah untuk berbicara,
caramu dan caraku sangat berbeza,
kita berdua bukan berada di hala yang sama,
Tapi kita masih setia berdua..
Aku dan dia,
Kami berlainan citarasa,
bergaduh,bertekak itu sudah biasa,
tapi sabar masih di jiwa,
kerana ada rasa cinta,
kami masih serasi bersama.
OoO..
Aku dan dia memang berbeza,
tak serupa kisah cinta,
yang selalu dibaca,
hakikat sebenar kami cinta..
Dalam hati ku ada dirinya,
Dan..
Dalam hatinya ada aku..
izirah
19/02/2011-4.11ammo0d:
sekadar mengisi masa lapang,menguntai butir2 puisi cinta manusia.
sangat merindui keluarga..

No comments:
Post a Comment