salam n hi semua~
buat kawan2 di luar sane..
bingkisan istimewa buatmu..
Jangan bersedih~
sesungguhnya walaupun hati terluka,
Masih ada cahaya di luar sana,
Mengapa perlu dibazirkan air mata,
Hanya kerana si dia yang belum diyakini untuk kita?
Jangan bersedih~
kerana itu buat kita semakin jauh dariNya,
sedangkan cintaNya yang pasti untuk kita,
Cinta yang abadi yang bukan sementara,
Lebih baik rindukan Dia,
dari merindui si dia yang tiada apa..
Jangan bersedih~
Jadilah manusia yang paling berbahagia,
kerana dari apa yang terjadi ada hikmahnya,
Bangkit kembali dengan cita-cita,
Kerana Dia sentiasa bersama hamba-hambaNya,
InsyaAllah..Dia akan sentiasa melindungi kita..
Yakinlah dengan cintaNya,
Nescaya dirimu bakal bertemu,
dengan seseorang yang mencintaiNya,
sebagaimana dirimu mencintaiNya...
-izirah-
-13/01/2010 -3.16am-
p/s:
Mood- bz dgn assignment..final year yang amat memenatkan..
moga dipermudahkan segala urusan insyaAllah...

No comments:
Post a Comment