Sunday, December 19, 2010

Eh keliru?? Solat Istikharah..


Salam n hi semua..
Kali ni Ms nk share mengenai Solat Istikharah..
Pernah mengalami kekeliruan?buntu dengan untuk membuat keputusan?
Ramai yang menganggap ianya hanya dilakukan ketika memilih jodoh sedangkan solat ini juga boleh dilakukan ketika berasa ragu2 terhadap keputusan yang perlu dibuat dan berasa keliru dalam melakukan aktiviti harian..solat ini dilakukan bagi memohon petunjuk Allah untuk membuat keputusan yang terbaik..
______________________________________________________________________

Bila masa yang sesuai untuk melakukan solat istikharah:
->2/3 malam(dalam jam 12 tgh malam -3 pagi)

Niat solat:




->sahaja aku menunaikan solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah Ta'ala

Selepas memberi salam:
maksud:

Maksudnya : "Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.
Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini [...... ]Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini[.........]Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya" (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik)..

Moga segala urusan dipermudahkan Allah..insyaAllah..

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...